LAMAN UTAMA

RAWAT DADAH SYABU

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda.

KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)

- tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh

- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)

- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental

 

KENAPA PERLU BERHENTI SYABU?

Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,? ANDA MEMERLUKAN BANTUAN RAWATAN  PEMULIHAN KETAGIHAN DADAH JENIS SYABU INI…

Strok, Saluran darah pecah, Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks , Sakit emosi dan otak menjadi lembap, Sakit jiwa  dan gila, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.


TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN

Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.  Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulang kali. Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.

Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayal dan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.
Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.  Penagih syabu yang ingin meninggalkan ketagihan syabu tidak ada jalan singkat dan mudah, melainkan terpaksa menanggung seksaan akibat dari penagihan tersebut.


TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Prasangka buruk kepada orang lain, mendengar bisikan dan  sentiasa dalam ketakutan seperti ada orang yang  mengejar dan mengintip.  Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut. 

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.


Perut dan sistem penghadaman:
Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.