KEMUDAHAN   RAWATAN   DADAH   DADAHSYABU BAHAYA MEROKOK TESTIMONI  
SELEPAS PULIH

Adakah anda bekerja KERAJAAN atau SWASTA yang tidak boleh  bercuti lama, tetapi telah terlibat dengan penagihan dan tidak mampu untuk berhenti.  Anda seorang  pelajar atau masih lagi di bawah tanggungan ibu bapa.  Anda seorang bapa atau suami yang ada tanggungjawab yang besar kepada keluarga.  ANDA PERLUKAN BANTUAN.......
MAKLUMAT ANDA DIRAHSIAKAN.  ANDA BOLEH SEMBUH SEPENUHNYA DENGAN SYARAT ANDA DATANG DENGAN 

KERELAAN DIRI ANDA SENDIRI

RAWATAN JUGA UNTUK WANITA
MULAI JULAI 2011
( tempat diasingkan dari Pesakit lelaki-
sila hubungi 0174747363)



PERAWATAN BERKESAN 100% ATAS KEIKHLASAN DIRI
DENGAN IZIN ALLAH SWT
HANYA tiada ubat untuk yang tua  jadi muda, yang mati kembali hidup
PERKARA YANG BAIK JANGAN DILENGAH-LENGAHKAN
PERKARA YANG BURUK WAJIB  DIELAKKAN
Hubungi segera: Noorhisham 019 4884747


PERMASALAH  PENAGIH DADAH
1.  Tidak mampu untuk berhenti menagih dadah
2.  Sekiranya diketahui umum@ jabatan- akan kehilangan kerja
3.  Masa pemulihan yang lama, sukar untuk  mendapat cuti panjang
4.  Enggan dikurung di dalam DETOX
5.  Mendapat lebih keselesaan sepanjang pemulihan
6.  Rahsia dari pengetahuan umum terutama rakan sekerja, jiran dan sanak saudara

RAWATAN DADAH YANG DISEDIAKAN
1.  Tempoh rawatan  penagihan dadah singkat -dalam  15 hari atau mengikut keadaan dan     bilangan cuti yang dibenarkan( sila bincang di 019 488 4747)
2.  Konsep kekeluargaan, makan bersama dan tidak diasingkan- untuk     membiasakan anda dengan suasana keluarga
3.  Anda mempunyai banyak peluang dan masa untuk meluahkan masalah dan mencari penyelesaian bersama samada berkaitan kerja, keluarga atau diri sendiri
4.  Bagaimana cara untuk KATA TAK NAK kepada PUSHER, RAKAN PENAGIH dan TEMAN SETIA ANDA iaitu ROKOK.
5.  Rawatan dadah tradisional akan membantu anda untuk cepat pulih dari gian ketagih  dadah dan rokok
6.  Membina kekuatan diri sendiri untuk melawan  perasaan keadaan 'tolerance' terhadap dadah dan rokok. 
7.  Melatih diri kembali kepada keadaan asal


Kapasiti Pesakit:  3 orang/sesi


Kaedah Rawatan Pulih Dadah

Rawatan dadah yang dijalankan ialah untuk penagih dadah yang benar-benar ingin  keluar dari seksaan penagihan dadah dan ingin kembali dalam kehidupan normal manusia.  Seseorang yang telah terjebak dalam penagihan dadah sukar untuk keluar melainkan dengan kekuatan diri sendiri untuk berubah. Rawatan dadah adalah sebagai bantuan untuk penagih dadah pulih dari gian. 

Saya merawat penagih dadah dengan menggunakan beberapa kaedah gabungan  air zam-zam, air biasa,air kelapa,lidi dan bunga-bungaan .Tahap pemulihan gian dadah lebih cepat dan penagih akan lebih berkeyakinan untuk pulih dan menjalani kehidupan biasa.


 Pemulihan kekuatan mental dan rohani : Mengenal diri 
Jadual:  Perawatan fizikal  7 hari, perawatan mental dan rohani: 4 hingga kembali


Di Dalam rawatan  dadah air kelapa muda digunakan sebagai mekanisma untuk membuang racun-racun  yang terdapat dalam badan pesakit akibat dari penagihan dadah.  Kaedah rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza mengikut jenis dadah yang diambil, umur  dan beberapa faktor lain lagi.  Penggunaan air kelapa adalah  sebagai satu kaedah untuk mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit sepanjang tempoh pemulihan secara fizikal.  Selain dari itu penggunaan salah satu sumber dari pokok kelapa juga akan diaplikasikan kepada pesakit yang terlibat dengan DADAH SYABU. 

Rawatan pemulihan yang saya jalankan digabungkan di antara rawatan secara fizikal, mental dan rohaniah.  Saya percaya gabungan antara ke tiga-tiga aspek akan menjamin pemulihan secara 100% dengan izin Allah SWT.


Secara fizikal

Pesakit akan diberi minum air kelapa selama seminggu pada setiap pagi sebelum mereka mengambil sarapan pagi.  Mereka juga akan diberi mandian bunga-bungaan supaya badan akan lebih segar dan bertenaga.  Anda juga anda mendoakan air zam-zam untuk diminum diri sendiri.   Air mandian akan didoakan dengan ayat suci al quran. ( air yang didoakan dengan ayat suci al quran akan memberi kesan - lihat seperti dalam gambarajah di bawah).  Mandi air sejuk adalah menjadi kemestian kepada semua pesakit.  Manakala bagi pesakit dadah syabu ,  di tambah lagi dengan beberapa mandian yang lain.
Penerangan lanjut KLIK SINI

Sebagaimana al-Quran boleh memberi respon yang baik kepada molekul air begitu juga al-Quran boleh memberi ketenangan kepada manusia yang membaca dan mendengarnya sebagaimana hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

 

Bentuk molekul air oksigen dan berkhasiat (mineral tempatan) yang belum dibaca apa-apa

Bentuk molekul air dibaca surah kitab suci al-Quran

Kemudahan yang disediakan untuk rawatan dadah
Kemudahan bilik yang selesa
Bilik Air dengan pemanas air
Ruang tamu
Makanan disediakan
Streamyx wireless
Suasana damai  dan tenang (suasana kampung)

 Peralatan peribadi yang perlu disediakan
Pakaian harian
Kain pelekat dan baju untuk bersolat
Tuala


                                        HOTLINE:    CELCOM:  019 488 4747 @ MAXIS:  017 4747 463
                      Alamat:  No 27 ,Jalan Pandak Shabudin,Kg Paya Panjang Hilir,
                            33700 Padang Rengas, PERAK                            



Website counterWebsite counter